Wednesday, November 22, 2017

5 Tips Paling Mudah Hilangkan Bau Ketiak


Pernah tak anda rasa, selalunya berlaku di dalam kelas, tempat kerja atau ketika lepak bersama kawan-kawan. Apabila anda sedang berjalan ke sesuatu tempat, orang yang berada disekeliling asyik sungguh melihat anda berjalan. Tapi bukan melihat sahaja, mereka melihat sambil berbisik dengan orang disebelahnya, ataupun lebih teruk ada yang buat muka dan senyum sinis.

Bila anda tanya, "What's your problem bro/sis?"

Lalu rakan anda disebelah tolong jawabkan, "Diorang tu buat macam tu sebab bau kau la."

Damn! Sampai hati.

Sentap bukan? Okay okay, maybe kalau anda tak pernah alami, mungkin ada rakan terdekat anda yang bernasib begini.

Jadi, untuk membantu golongan ini, Admin nak berkongsi serba sedikit tips paling mudah untuk menghilangkan atau paling tidak pun, mengurangkan bau ketiak atau badan anda.

Mandi 2x sehari dengan menggunakan sabun/skrub anti bakteria
Sangat penting supaya kita dapat sental badan dan bau hilang. Badan jadi segar bugar. Jangan lupa juga untuk 'trim' kalau dah panjang tu. Ehem you know what i mean. Contoh skrub, Sabun Tanamera. Bagus sabun ni buat sental seluruh badan, terasa bersih sangat lepas mandi. Harga dalam RM15-RM20. Beli online je kalau malas nak ke toko jamu.



Pakai deodorant yang mengandungi anti perspirant
Ada banyak jenis deodoran/anti perspirant, boleh pilih jenama apa yang bersesuaian. Mengikut pengalaman Admin, Rexona spray sememangnya wangi dan menghilangkan bau badan sepanjang hari.

Perahan air lemon
Yang ni senang saja cara nak sediakan. Perah air lemon ke dalam bekas, lepas tu gosok/skrub air lemon tu pada ketiak. Biarkan dalam 10 minit. Tadaaa! Perhatikanlah hasilnya. Kena amalkan setiap hari, akan lebih mujarab sebab lemon merupakan agen anti bakteria.
Bawa tuala kecil atau sapu tangan bersama kemana-mana
Selalunya bau badan berpunca daripada peluh. Jadi, orang yang kuat berpeluh disarankan untuk bawa sapu tangan supaya boleh lap peluh.

Makan makanan yang seimbang
Ambillah sayuran hijau. Minum banyak air masak. Jangan kerap makan makanan yang boleh menyebabkan bau badan, contonya petai dan jering. Okay?

Insyaallah, masalah bau ketiak/badan akan berkurangan.





Monday, November 20, 2017

Baju Pengantin Izara Aishah Mendapat Kritikan Netizen

Baru-baru ini, pada 19 November 2017 kita digemparkan dengan berita perkahwinan Izara Aishah, pelakon dan pasangannya Adib Khalid, anak kepada Dato' K, iaitu suami kepada penyanyi nombor 1 negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza. Siapa tak kenal, kan?

Tahniah dan selamat pengantin baru Admin ucapkan kepada mempelai. Sama cantik sama padan. Tapi bila kita bercakap tentang 'orang popular' punya majlis, sudah tentu tak lari daripada 'komen tak berbayar' daripada netizen. Ada yang komen baik baik, ada yang  mengutuk.

Ingat lagi fesyen pengantin pada hari pernikahan? Roti tisu, lempeng, tikar getah, alas meja, langsir dan banyak lagi lah. Banyak mencuit hati Admin, tapi mampu gelak dalam diam je. Bila belek-belek lagi gambar Izara, Admin tengok lawa je Izara pakai. Maybe material kain yang kelihatan agak kejung rasanya membuatkan netizen cakap macam tu.

Tengok ni, lawa kan walaupun roti tisu?
Selain itu, sesiapa pun pasti terpesona dengan pakaian mempelai semasa resepsi. Anggun sangat!
Aww~ cantik!

Well, Admin ucapkan sekali lagi selamat berbahagia kepada Izara dan Adib, semoga kekal till jannah.




5 Tips Paling Mudah Hilangkan Bau Ketiak

Pernah tak anda rasa, selalunya berlaku di dalam kelas, tempat kerja atau ketika lepak bersama kawan-kawan. Apabila anda sedang berjalan ...